Selamat datang ke Waddepak.blogspot.com . Check out our hot entries ;)

Tuesday 27 December 2011

waddeBUILD - Taman Tergantung Bebiloner

Ditauliahkan oleh John Huarte,bangunan Torre Blancas ini pada asalnya dirancang untuk menjadi salah satu daripada dua yang telah dibina.Saenz de Oiza dan pasukannya yang termasuk Juan Daniel Fullando dan Rafael Moneo menetapkan untuk mereka bentuk sebuah menara yang akan memecahkan konvensyen tipikal seni bina taman.Siap pada era dimana menara Brutalist didirikan di Eropah.Korang paham ke aku bebel ni?

Monday 26 December 2011

waddePIC - 10 Most Retweeted Photo

Kamu orang semua main twitter tak?admin tak reti main2 twitter nih..teringin jugak nak buat..haha.haha.
Kali ini kita akan membentangkan beberapa gambar yang paling ramai orang retweet..setiap gambar ada kisahnya yang tersendiri...

Pada 6 Disember Jorelys Rivera telah ditemui mati dalam tempat pembuangan sampah bersebalahan apartment River Ridge tempat dia tinggal.Pihak polis berkata mangsa telah dirogol sebelum ditikam dan dipukul sehingga ajal.RIP Jorelys..:(


"SHOCKING PORNOGRAPHY WAITROSE" kata tweeps....


Telah di twitpic oleh akaun parody kepada comedian WillFerrel iaitu @FillWerrell.bertajuk "Eyebrows make a HUGE difference".Gambar telah dimanipulasi menggunakan photoshop.#LOL

waddeART - Rekaan USB Drive Yang Sangat Kreatif!

Pelbagai bentuk usb drive telah direka bagi memenuhi permintaan pelanggan..gambars yang bakal kami paparkan merupakan contoh-contoh usb drive yang shemart tak hengat!enjoicee...




Saturday 24 December 2011

waddeLOL - Sape Yang Nak Dikhatankan Sebenarnya?

waddeVID - Persembahan Balancing Yang Osem

Nampaknya korea bukan sahaja hebat dalam berKpop malahan juga mantap dalam menyeimbangkan barang.

waddePIC - Gambar Siti Nurhaliza Beraksi Ala Madonna

Siapa sangka,Siti Nurhaliza sanggup menanggalkan terus tudung saji di atas kepala bagi memenuhi undangan bergambar ala-ala Maradona Madonna.Ala,sama je..pakai tudung saji pun tersembul jugak jambulnya..mana ada dosa dikira ikut kadar luas penutupan aurat kan.Tapi nampak hot jugak ye kak Jah siti...lagipun memang ini pun yang peminat-peminat meleis islam mahukan..melihat artis mereka maju di persada seni dunia..hoh..


Thursday 22 December 2011

waddeLOL - Nasyid Versi K-Pop Oleh SNSG

Kamu kenal kumpulan SNSD?tak kenal?apa lagi..gugel lah..hahaha..kali ini bukan SNSD,tapi SNSG
Kumpulan SNSG atau nama penuhnya SuNtri SuwunG merupakan kumpulan nasyid indonesia yang memperjuangkan irama k-pop dalam muzik mereka.Dengarkan lagu daripada mereka,Pinter Ngaji.

waddepak!nasyid pun boleh masuk k-pop eh?kreatif indon nih..LOL..apa-apa pun,kita respek pada mesej yang mereka ingin sampaikan.Bernasyid itu berdakwah kamu tahu..


waddeSWEET - Meme Style Proposal

Tau apa itu 'meme'?pernah baca 9geg?kalau tak tau gugel sendiri..hahaha..
Lelaki dalam video ini ialah Timothy Tiah,co-founder kepada syarikat pengiklanan Nuffnang(sila klik banner Nuffnang tu)..dan wanita tersebut ialah wanita Malaysia,seorang blogger..Audrey Ooi Feng Ling.Sweet tak propose cara gini?hahaha..sweet kan..tapi lagi sweet Video Remaja Dilamar ni kami rasa..sesuai dengan nilai agama dan adat kita sebagai Muslim.:)..Apa-apa pun,congratz diucapkan kepada Timothy..duit banyak sape tak nak kan..hahaha..



comel siakk audreyy..:P



Wednesday 21 December 2011

waddeVID - Penjelasan Tentang Parody 'Panglima Ludah'

Masih ingat tentang video parody panglima ludah yang kami kongsikan baru-baru ini?Video tersebut telah dikatakan oleh kami mahupun blogger-blogger lain adalah versi menganjeng kepada video panglima ludah.Terbaru pihak kyopropaganda telah memberi penjelasan bahawa video tersebut hanyalah sebagai hiburan.Tidak berniat untuk menyokong atau mengeji mana-mana parti hari jadi.




tapi tetap dikategorikan menganjeng oleh kami..bhahah..parody kan menganjeng..ke bukan?

waddeSTUFF - Wang Kertas Baru Malaysia

Bank Negara Malaysia pada 21 Dis semalam telah memperkenalkan wang kertas terbaru dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan yang lebih kukuh sejajar dengan teknologi matawang kertas terkini.Wang kertas tersebut melibatkan nilai RM 1,RM 5,RM 10,RM 20,RM 50 dan RM 100 manakala bagi wang syiling pula melibatkan nilai 5 sen,10 sen,20 sen,dan 50 sen.Duit syiling yang telah dilancarkan sejak Julai 2011 itu dijangka berada dalam edaran Januari tahun depan.Untuk perhatian sedara2 sekalian,ini merupakan kali keempat negara kita tukar pattern wang kertas dan kali ketiga bagi wang syiling.
Antara ciri keselamatan wang kertas baru ialah;

  • imej tanda bayang
  • tingkap pandang telus
  • potret tera air dengan piksel dan angka
  • benang keselamatan dengan warna berubah-ubah
  • benang kanta mikro
  • tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan pengenalan

waddeADS - Tawaran Hebat Untuk Pengguna Maxis/Hotlink

Anda pengguna Hotlink?Inginkan tawaran menarik?Mari tambah nilai hari ini dan nikmati pelbagai ganjaran hebat.


Nikmati kadar 20% kredit percuma dengan Hotlink.Klik gambar untuk maklumat lanjut.


Tuesday 20 December 2011

waddeVID - GI Joe Retaliation Trailer

Satu lagi filem harus tonton 2012.Banyak movie yang awesome-awesome eh 2012 nih.Aku tengah menunggu filem bertajuk 2013 juga..:D

waddeSTUFF - LeDIX veloce-Telefon Bimbit Untuk Orang Kaya Berada

Celcius XVI II telah membangunkan secara rahsia telefon bimbit mekanikal paling menakjubkan sejak tahun 2006.Secara langsung mereka yang ''Objets d'Art" ini telah membawa emosi kembali dalam dunia telekomunikasi.Hasil gabungan jam tangan tourbillon dan telefon bimbit membawa kepada penghasilan semula jam poket yang lebih kontemporari lantas memberi penghormatan kepada micromechanics buatan Swiss.

Sistem yang dipatenkan ini menyediakan pergerakan jam dengan tiga jam kuasa tambahan bagi setiap pembukaan.Lebih daripada 30 orang profesional terlibat dalam penghasilan telefon bimbit ini dan setiap satu mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan.Sekarang ni sejak direlease pada November 2011, hanya ada 18 di pasaran dengan harga € 250 000.

Sape rasa kaya gila babas boleh la dapatkan sebijik.Baru terasa hawwtt kan pakai hanset camni.LOL.

Monday 19 December 2011

waddeCRIME - Disabit Kesalahan Cuba Membunuh Kekasih

Marcin Kasprzak,25,telah didapati bersalah atas cubaan membunuh kekasihnya dengan memaksa teman wanitanya masuk ke dalam kotak kadbod dan menanamnya hidup-hidup.Wanita itu,Michalina Lendowska,27,bernasib baik kerana berjaya melepaskan diri dengan memotong pita pelekat yang mengikat pergelangan tangannya serta memotong kotak kadbod tersebut menggunakan cincin bertatahkan berlian pemberian Kasprzak semasa mereka sedang hangat bercinta.
"Semasa ditanam hidup-hidup dalam kubur tersebut,saya berasa takut hidup saya akan berakhir dan mati di sini.Saya berdoa agar terus hidup supaya dapat menjaga anak lelaki saya",kata Michalina.

Siapa suruh hang bagi cincin berlian tu.kan dah FAIL..LOL.



waddeSWEET - Video Remaja Dilamar

Asyik couple putus couple putus.Korang taknak ubah ikut cara ni ke?atau niat berkapel tu nak mainkan perasaan orang je..haha..



"Bercinta lepas kahwin must be more awesome and full of barokah."

Sejuk perut ibu mengandung tengok budak laki ni.
Patutlah ibu suka anak setuju.Hehe.


Credit: TheMissDena

waddeLOL - Parody Panglima Ludah

Sebelum ni kecoh di facebook berkenaan video oleh panglima2 melayu yang ingin meludah mahasiswa yang menurunkan bendera DS Najib.Video tersebut telah mendapat sambutan dan cercaan yang hangat oleh sesiapa sahaja yang menontonnya kerana beranggapan bahawa orang2 dalam video tersebut adalah keldai yang lebih rendah tarafnya daripada kuda tunggangan.In fact,memanglah tindakan mahasiswa tu boleh dianggap kurang hajar dan tak respect PM.Tapi yang dah besar panjang taraf panglima pun toksah la dok tunjuk perangai budak-budak siap rakam video ludah-ludah lagi.Terbaru sekumpulan pelajar telah merakamkan video parody bagi menghanjeng video panglima melayu tersebut.

KLIK DISINI untuk ke pautan entry Nak Ludah Mahasiswa



"Kami mewakili top friends Tom"..LOL..tom pun dah main fesbuk dah sekarang,dia dah blah dari mespes..hehe..

Sunday 18 December 2011

waddeFACT - Asal Usul QWERTY

Mungkin ramai yang tertanya2 mengapa keyboard kita menggunakan format QWERTY,bukannya DIRTY,SULKY and what so ever..mari kita dalami sejarah di sebalik penciptaan format QWERTY nih..

Bagitau awal2,istilah qwerty ni diambil daripada 5 first letter kat keyboard korang tuh.Format ni telah dipatentkan sejak tahun 1878 lagi.Mesti pelik kan pasal zaman tu mana ada keyboard lagi.Masih ingat pada typewriter?kisahnya..pada zaman dahulu,ketika huruf pada typewriter masih mengikut susunan abjad,para typist menaip dengan sangat laju kerana terlalu pro.Sehinggakan berlaku perlanggaran antara mata huruf dan mengakibatkan mesin taip stuck.Tujuan asal format qwerty diperkenalkan sebenarnya adalah hanya untuk mengurangkan kelajuan typists menaip.Dengan terhasilnya format baru,typists akan menaip dengan lebih perlahan dan berhati-hati.

terdapat format baru yang diperkenalkan bagi menggantikan qwerty iaitu Dvorak keyboard namun tidak mendapat sambutan.

DVORAK KEYBOARD

Buat apa susah-susah nak belajar balik format baru kan,bukannya ada mata huruf berlanggar pun kat screen.



waddeFACT - Kematian Diktator Terakhir Komunis

Kim Jong II merupakan seorang diktator Korea Utara yang berbadan kecil tetapi sangat kejam telah mengetuai rejim komunis sejak 1994.Kematiannya telah diumumkan malam tadi melalui siaran televisyen negeri.
Kematian Kim Jong dipercayai akibat serangan sakit jantung akibat daripada tekanan mental dan fizikal.
Anak ketiga Kim Jong iaitu Kim Jong Un dijangka mengambil alih kuasa selepas ini.
Korea Selatan pula telah mengeluarkan amaran keselamatan selepas berita kematian Kim Jong II tersebar.

Gambar-gambar mendiang semasa masih sihat walafiat.
Mendiang alim orangnye.




waddePROPA - 1 Malaysia TV

KUALA LUMPUR:Kerajaan telah melancarkan televisyen internet protokol (IPTV) iaitu perkhidmatan televisyen online 1 Malaysia TV yang boleh diakses melalui tablet-tablet,telefon pintar mahupun komputer riba.
Perdana Menteri Dato Seri Najib berkata,siri tv 1 Malaysia ini membolehkan kerajaan menyebarkan maklumat yang tepat dan berita yang benar-benar belaka kepada rakyat jelata.


kami memang dahagakan maklumat yang tepat lagi sahih daripada kerajaan.heh.

sumber:Bintang Atas Talian

waddeFAP - Berbogel Promosi Sabun Mandi

Dengan hanya berbekalkan tuala yang berbalut di kepala tanpa seurat benang,pekerja sementara yang diupah oleh pegawai pemasaran syarikat sabun di China berbogel dan melayan penonton-penonton tanpa segan silu malahan mempelawa penonton yang rata-ratanya kaum lelaki untuk menyapukan sabun itu ke badan mereka..wah..beruntung sangat dah ni.Dah la free show,boleh usap-usap sabun lagi ye.Brutal jugak China ni eh.


waddepak!!
jangan sampai guna sabun tu untuk fap fap fap...


sumber asal:freemalays

waddeIBRALI - Nak Ludah Muka Mahasiswa

"ini semua panglima2 melayu tau,kami tak gentar dengan anda semua."




panglima melayu katanya..masuk askar melayu la weyy..hahhaa..
ini ke pemimpin Melayu Islam terpilih tu?meloya aku tengok..puii..
dan bawah ni versi remix..LOLOLOL!

waddeVID - BATTLESHIP Filem Wajib Tonton 2012

Adaptasi daripada permainan perang laut Hasbro.
Sebuah filem aksi perang bersama alien force arahan Peter Berg.
Pernah tengok transformers kan?lebih kurang la,amerika tayang senjata canggih2 untuk lawan ngan alien.Bila Malaysia nak buat citer perang2 hah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh..waddehell