Selamat datang ke Waddepak.blogspot.com . Check out our hot entries ;)

Saturday, 14 April 2012

waddeNews-Kerajaan dan Doktor bersekongkol Mandulkan Wanita Secara Paksa



Pemerintah Uzbekistan dilaporkan menjalankan program rahsia untuk memandulkan perempuan tanpa pengetahuan mereka dalam usaha untuk mengawal pertumbuhan populasi di negara bekas Kesatuan Soviet dengan majoriti penduduknya Muslim.

"Setiap tahun kami disajikan dengan rancangan," kata seorang Ginekologi dari ibu kota Uzbekistan, Tashkent, BBC News Online, Khamis, 12 April.


"Setiap doktor diberitahu berapa banyak perempuan diharapkan untuk diberikan alat untuk mencegah kehamilan, dengan ini ramai wanita yang akan dimandulkan."

Doktor menyatakan bahawa mereka sedang diperintah oleh kerajaan Presiden Islam Karimov untuk memandulkan wanita tanpa persetujuan mereka.

"Ada kuota. Kuota saya adalah empat wanita sebulan," tambah doktor yang tidak bersedia disebutkan namanya.


Doktor di kawasan luar bandar diminta untuk memandulkan lebih banyak perempuan. Dua sumber perubatan mengatakan kepada BBC bahwa beberapa Ginekologi diharapkan untuk memandulkan hingga lapan wanita setiap minggu.

"Sekali atau dua kali sebulan, kadang-kadang lebih kerap, seorang jururawat dari klinik tempatan datang ke rumah saya, cuba untuk menngajak saya ke rumah sakit untuk pembedahan," kata seorang ibu dari tiga kanak-kanak di wilayah Jizzakh.

"Sekarang ini percuma, tetapi kemudian anda perlu membayarnya, sehingga sekarang," kata jururawat itu kepada wanita tadi.

Seorang sumber Jabatan Kesihatan mengesahkan bahawa program pemandulan rahsia bertujuan untuk mengawal pertumbuhan penduduk Uzbekistan.

"Kita bercakap tentang puluhan ribu perempuan yang dimandulkan di seluruh negeri," kata Sukhrob Ismailov, yang menjalankan Expert Working Group, salah satu dari sangat sedikit organisasi bukan kerajaan yang beroperasi di Uzbekistan.

Pada tahun 2010, kumpulan itu mengumpulkan bukti bahawa sekitar 80,000 perempuan telah dimandulkan, suatu tuntutan yang tidak dapat disahkan.


"Ini sangat mudah untuk memanipulasi seorang wanita, terutama jika dia miskin. Anda boleh mengatakan bahawa kesihatannya akan bertambah buruk jika dia mempunyai anak lagi. Anda boleh mengatakan padanya bahawa pemandulan adalah cara yang terbaik baginya. Atau anda boleh melakukan pembedahan."

Uzbekistan, negara Asia Tengah yang paling padat penduduknya, mempunyai populasi 28 juta. Negara di mana Muslim membentuk 88 peratus daripada populasi penduduk, merupakan salah satu pengeluar kapas terbesar di dunia dan mempunyai petroleum dan mineral yang besar. Namun, pertumbuhan ekonomi perlahan dan kadar pengangguran tinggi.


Kumpulan hak asasi manusia telah lama menentang kerajaan Uzbekistan menekan kebebasan beragama sebagai sebahagian daripada kempen menentang ajaran yang dianggap ekstremisme.

Mimpi buruk yang sangat mengecewakan.


Adolat adalah salah satu wanita Uzbek yang dimandulkan tanpa persetujuannya.


"Saya selalu bermimpi mempunyai 4 anak, 2 anak perempuan dan dua anak laki-laki. Tapi setelah putri kedua saya, saya tidak boleh hamil lagi.", Tuturnya kepada BBC.


Ia ingat saat akan berjumpa doktor setelah melahirkan anaknya dalam pembedahan caesar. Dia sangat terkejut doktor mengatakan bahawa dia telah mandul.


"Saya terkejut saya menangis dan bertanya:" Tapi mengapa? Bagaimana mereka boleh melakukan ini? ", Tanyanya.


"Itu undang-undang di Uzbekistan," doktor itu menjawab.


Perempuan lain Uzbekistan mengalami pengalaman serupa.


Seorang ibu Uzbekistan mengatakan kepada BBC bahawa dia mengalami sakit misteri berbulan-bulan dan pendarahan teruk selepas kelahiran anaknya.

Setelah pemeriksaan USG, ia mendapati bahawa rahimnya telah tidak berfungsi lagi.


"Mereka hanya mengatakan kepada saya, 'Apa yang anda perlukan, lebih banyak anak? Anda sudah mempunyai dua'," katanya.

Pemerintah Uzbekistan menyangkal tuduhan itu, menggambarkan dakwaan itu sebagai fitnah dan tidak ada hubungan dengannya

Dalam jawapan bertulis kepada BBC, kerajaan mengatakan alat pencegah kehamilan secara pembedahan tidak meluas dan dilakukan hanya atas dasar sukarela.


Tetapi beberapa doktor yang meningkatkan jumlah pembedahan caesar sebagai bukti kepada program pemandulan di Uzbekistan.


"Peraturan digunakan untuk pemandulan Cesar sangat ketat, tapi sekarang saya percaya 80% wanita melahirkan melalui pembedahan caesar," kata seorang ketua pakar bedah di rumah sakit dekat ibukota.




"Hal ini membuatnya sangat mudah untuk melakukan pemndulan dan mengikat saluran peranakan."


Beberapa doktor dan pekerja perubatan mengatakan pemandulan paksa tidak hanya sebagai alat kawalan populasi tetapi juga jalan pintas untuk menurunkan kadar kematian ibu dan bayi.


"Ini adalah rumusan sederhana, sedikit perempuan yang melahirkan, sedikit pula daripada mereka yang meninggal," kata seorang pakar bedah.


P/s : Pembedahan caesar bermaksud Pembedahan Caesarean adalah pembedahan di mana pakar bedah akan membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan ini adalah biasa bagi wanita yang mengandung.

Tidak mustahil Malaysia juga akan berlaku seperti ini. Sekarang ini di hospital-hospital kerajaan kita pun sudah menggalakkan wanita-wanita yang baru lepas bersalin untuk merancang kehamilan mereka. Pil-pil perancang pun sudah di jual di farmasi-farmasi secara meluas. Galakkan memberi suntikan kepada ibu-ibu yang baru lepas bersalin pun sudah di amalkan di Malaysia.

Nabi SAW pernah bersabda, bahawa Baginda SAW berbangga dengan Ummat Islam yang ramai bilangannya. Ini adalah galakkan untuk Ummat Islam berkahwin dan meramaikan zuriat Ummat Islam. Wallahuaklam!




 Credit : halimislam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh..waddehell