Bank Negara Malaysia pada 21 Dis semalam telah memperkenalkan wang kertas terbaru dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan yang lebih kukuh sejajar dengan teknologi matawang kertas terkini.Wang kertas tersebut melibatkan nilai RM 1,RM 5,RM 10,RM 20,RM 50 dan RM 100 manakala bagi wang syiling pula melibatkan nilai 5 sen,10 sen,20 sen,dan 50 sen.Duit syiling yang telah dilancarkan sejak Julai 2011 itu dijangka berada dalam edaran Januari tahun depan.Untuk perhatian sedara2 sekalian,ini merupakan kali keempat negara kita tukar pattern wang kertas dan kali ketiga bagi wang syiling.
Antara ciri keselamatan wang kertas baru ialah;
- imej tanda bayang
- tingkap pandang telus
- potret tera air dengan piksel dan angka
- benang keselamatan dengan warna berubah-ubah
- benang kanta mikro
- tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan pengenalan
macam duit gameboard Saidina macam yang aku main masa kecik2 pulak..colourful izenit?
yang ni lagi kalerfool..haha..
2 comments:
hahahahahha RM6 tuhhh
aku lagi tertarik tgk orang yg pgg duit tu drpd duit tu sndiri.lulz :p
Post a Comment