sape yang betul2 minat nantikan movie terbaru Battleship yang akan ditayangkan tahun ini..sila klik link untuk trailer...okeh2..kali ni kita akan review beberapa kapal navy yang ada antara kita mungkin tak pernah tahu or tak pernah lihat..tapi semua ni bukan kat Malaysia la..hahaha..
1.Independence - Class Littoral Combat Ship
Dengan kelas ini,US Navy maju selangkah untuk pembangunan armada yang boleh beroperasi lebih dekat dengan zon pesisir pantai bagi menyokong operasi amfibia.Tiga 'hull' menjadikan kapal lebih stabil dan mampu beroperasi di kawasan yang cetek.
2.Skjold - Class Patrol Boat
Hasil gabungan seluruh teknologi .Permukaan yang dihasilkan mengurangkan kesan gelombang pada mood low-drag.Bentuk seolah2 batu bata yang kelihatan ganas terapung.Batu bata yang kelihatan ganas eh?hahaha..
3.Visby - Class Corvette
Rekaan kapal bagi tentera laut Sweden nampaknya tidak mengecewakan. Walaupun Visby tidak semestinya menjerit "kamu tidak boleh kesan saya melalui radar!" tetapi kesan penyamarannya sangat memberi impak kerana ia merupakan yang terkini dalam teknologi stealth.
4.Jurmo Landing Craft
Mungkin ini pengangkutan laut paling kecik korang tengok dalam senarai kapal perang ni.Tapi pembinan landing craft berbentuk baji ni jelas ada tujuannya.Memacu sehingga ke daratan dan pasukan akan mendarat tanpa membasahkan but mereka.nais bukan?ya landing craft ni telah wujud sejak milenium lagi tapi korang tak pernah tahu ia wujud kan?
sumber:core77
No comments:
Post a Comment